Monday, September 14, 2009

Neraka dan siapa penghuninya.

Assalamualaikum,

Ini merupakan susunan saya sendiri dari hasil tazkirah Ramadhan yang diambil dari Hadis yang Sahih. Rajin2 lah mengambil tahu tentang KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN kita terhadap Islam. Rugi kalau kita abaikan. Kurang yakin menghampirkan kita kepada kufur. Na'uzubillah hi min zalik.

Tahukah anda selama ini apa itu api neraka?

Api neraka dipanaskan oleh Malaikat selama 3000 tahun. Iaitu:
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang pertama, warna api neraka MERAH menyala.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang kedua, warna api neraka bertukar menjadi PUTIH.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang ketiga, warna api neraka bertukar menjadi HITAM.

Kepanasan api neraka, jika sepercik iaitu sebesar lubang jarum jika jatuh kedunia pasti bumi akan menjadi abu dek kerana kepanasan api neraka itu.

Bagaimanakah keadaan didalam neraka yang begitu panas itu?

Neraka itu mempunyai 70,000 lembah.
Setiap satu lembah, mempunyai 70,000 lorong.
Setiap satu lorang, mempunyai 70,000 buah rumah besar.
Setiap buah rumah besar, mempunyai 70,000 buah rumah kecil.
Setiap buah rumah kecil, mempunyai 70,000 buah perigi buta.
Setiap satu perigi buta, mempunyai 70,000 ekor ular besar.
Dan setiap ekor ular besar, mempunyai 70,000 sengat.

Susah sebenarnya untuk kita masuk kedalam neraka. Kecuali orang yang lupa atau kufur dengan Allah. Apa yang dimaksudkan dengan kufur itu?

Kepada siapa neraka itu disediakan?

Ramai yang tahu bahawa neraka itu disediakan untuk orang kafir. Tetapi ianya juga disediakan untuk orang Islam yang kufur. Kufur itu dalam ayat yang senang dipahami ialah mengabaikan suruhan Allah. Ringkas dan padat, soal lah diri sendiri sebelum diri anda disoal kelak. Itu lagi bagus. Soalan bocor dialam barzakh ramai yang sudah mengetahui akan tetapi mampukah kita menjawab dengan tenang nanti. Wallahu'alam.

Dalam kesibukan mengejar kemewahan dunia jangan sampai apa yang dikatakan rezeki atau DUIT a.k.a HARTA menjadi penghalang antara urusan kita dengan Rabbul 'alamin.

Amalkan doa ini supaya neraka menolak kita dan syurga mengalu-alukan kita.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Jauhilah kami dari nerakamu,
Jauhilah kami dari nerakamu,
Jauhilah kami dari nerakamu,

Ya Allah ya Tuhan kami,
Masukkanlah kami kedalam Syurgamu,
Masukkanlah kami kedalam Syurgamu,
Masukkanlah kami ke dalam Syurgamu.

Amin.

Wassalam.

p/s: pelikkan, ramai yang mengaku khatam al-Quran akan tetapi sedikit bilangan yang memahami intipati pengajaran yang sebenar.

Tuesday, September 1, 2009

Melayu Islam

Salam,

Saya tidak salahkan kamu kalau kita berbeza pendapat. Itulah hikmah Allah jadikan manusia supaya kita saling belajar dan mengajar.

Sebelum kita pergi lebih jauh, teringin saya membawa saudara meneliti mukjizat yg diturunkan Allah kepada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW.

Mukjizat Nabi Musa banyak dianggap sihir. Itu adalah kerana pada zaman itu ramai tukang sihir.

Begitu juga dengan Nabi Isa. Di zaman baginda manusia sudah tahu ilmu kedoktoran. Sebab itu mukjizat Nabi Isa boleh menyembuhkan orang buta dari lahir dan menghidupka orang yang mati.

Mukjizat Nabi Muhammad SAW adalah berkaitan bahasa dan sastera sepertimana al-Quran yang penuh dengan pengajaran yang tersurat dan tersirat.

Jadi pada zaman ini (zaman umat Muhammad SAW) banyak yang tersurat dan tersirat. Kita ditipu dalam sedar. Siapa yang tak sayangkan bangsa, tapi kalau bangsa yang dijadikan barang taruhan. Itu bahaya.

Betul, mengikut perlembagaan, Melayu itu seorang yang beragama Islam. Apabila murtad hilanglah taraf Melayunya, tetapi dia masih berbangsa Melayu walaupun murtad. Begitu juga dengan Arab, tak semua Arab itu Islam walaupun Nabi Muhammad SAW itu orang Arab. Maka, Arab lagi berhak menuntut agama Islam itu kepunyaan mereka. Tetapi Arab tidak seperti Yahudi, malah Melayu yang mirip kepada Yahudi.

Kalau saudara perhatikan perjuangan bangsa kita. Sudah pasti saudara tidak lupa tulisan Jawi (Jawi itu maksudnya Melayu). Sudah jelas tulisan bangsa Melayu sudah jadi bahan sejarah. Kemudian bahasa Melayu itu sendiri sudah semakin susut pengunaannya. Bahasa Inggeris yang diutamakan.Jadi dalam mengejar kemajuan, sudah pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Kita sudah korbankan tulisan jawi, sekarang bahasa Melayu. Sedikit hari lagi, agama orang Melayu itu sendiri tergadai. Bukankah budaya memberi salam amat jarang kedengaran sekarang, kalau ada pun cuma kepada orang yang dikenali. Itu anda kata budaya Islam. Bangunlah wahai bangsaku yang beragama Islam.

Kemelayuan itu sudah semakin layu, janganlah Islam pula semakin menyelam. Belum nampak lagikah? hmmmmm.... buka mata buka minda. Anda mungkin suka berfoya-foya, tapi anda juga seorang Islam. Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ramai sahabat Rasulullah yang menentang Islam diawal kedatangan Islam. Tetapi bagaimana mereka boleh memeluk Islam. Sebab Islam itu adil dan menyeluruh.

Sekarang, pemimpin membawa acuan Islam supaya bertepatan dengan kehendak mereka untuk memerintah. tetapi sayang, tahu caranya cuma perlaksanaannya separuh jalan atau celup-celup. Islam yang separuh itu yang nak kita perjuangkan kah. Tidak, kita perjuangankan Islam yang sebenarnya.

Islam PAS kah perlu kita ikut? Tidak juga sebab PAS itu parti politik dan mereka boleh jadi seperti UMNO kalau tak diurus dengan betul. Islam kita mahu adalah Islam yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah sepertimana 4 mazhab besar yang berbeza tapi dari segi pokok tetap merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Saya rasa anda seorang yang terpelajar. Jadi tak perlulah saya huraikan lebih lanjut.Akhir kata saya tinggalkan saudara dengan kata-kata ini:

Melayu hanya untuk Melayu tapi Islam itu untuk semua.

Sekali anda dilahirkan Melayu, dua kali mati pun anda tetap Melayu.

Walaupun anda bukan Melayu, tapi anda boleh memeluk Islam dan menyembah Allah, Tuhan yang satu.

Sekali anda keluar/tergelincir dari Islam maka apabila mati tidak sempat bertaubat NERAKA jawabnya tidak kiralah apa jua bangsa anda sekalipun.

Wassalam.

Monday, August 31, 2009

Merdekakah kita?

Salam,

Semalam genap 52 tahun Malaysia dikatakan Merdeka. Malaysia yang pribuminya adalah Melayu Islam dan pemimpin pun Melayu Islam. Tapi Islam pada diri pemimpin ini hanya pada batang yang disunat. Tetapi perlaksanaan hukum tetap hukum kafir laknatullah.

Jangan jadi bodoh dengan membiarkan pemimpin yg sepatutnya memimpin dan memegang amanah, tapi rakus dengan kuasa lalai dengan kemewahan.

Bagi yang bodoh, akan sentiasa dibawah telunjuk mereka iaitu pemimpin parti yg memerintah selama 52 tahun. Atas dasar kontrak sosial Islam hanya pada batang yang disunat sahaja, tetapi kecut telor untuk menegakkan Islam sepenuhnya.

Kepada yang masih bodoh dan dungu tentang ilmu Islam, maka ada baiknya belajar dari hanya ikut membuta tuli ataupun bertaklid buta.

Kalau anda seorang mukallaf maka laksanakan apa yang kamu paham dan percaya, tetapi ramai masih muallaf walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam dan diatas Kad Pengenalan tercatat agama Islam, dan batangnya disunat.

Ini memang teguran yang keras dari segi bahasa dan intonasi. Yang makan cili sudah pasti terasa pedas.

Memang sedih sekali, agama kesayanganku diperkotak katik kan oleh mereka yang juga bergelar Islam/Muslim atas Kad Pengenalannya. Memang kamu celaka kerana merosakkan akidah umat Islam yang lain. Semoga Allah membalas segala jasa baik kamu didunia supaya tiada lagi kebaikan yang boleh dituntut diakhirat kelak. Jika dunia yang kamu pinta, itu lah yang sebaiknya. Abaikan tanggungjawab dan amanah, memang pasti janji Allah itu benar.

Memang semua Muslimin dan Muslimat di Malaysia teringin melihat perubahan yang saya maksudkan. Tapi amat mustahil kalau mereka (pemimpin) masih belum sedar dari kelalaian dunia. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kepada mereka (pemimpin) supaya umat Islam tak terus menerus didalam kesesatan.

Kepada yang bukan Islam, jangan cuba jadi bodoh dalam kebodohan kamu yang tidak tahu hukum Islam itu hanya untuk orang Islam sahaja. Dan jika kamu mahu kamu juga boleh ikut serta. Tetapi perhatikan dengan teliti keadilan yang dijanjikan oleh Islam itu, jika kamu benar-benar memahami. Jangan tolak dulu kawan, kelak kamu juga yang rugi nanti.

Kepada yang beragama Islam, jangan terus menerus hidup dalam kebodohan dan kejahilan. Memang kamu tak sedar dek untung. Islam yang dianuti telah menggariskan panduan supaya kita hidup aman damai dan adil dalam segala aspek.

Belajarlah ilmu Islam supaya kamu lebih memahami. Islam itu sesuai sepanjang zaman. MELAINKAN KAMU SENDIRI YANG MENGATAKAN HUKUM ISLAM ITU KETINGGALAN ZAMAN.

Wassalam.

Wednesday, August 26, 2009

Kesedaran Yang Membawa Kebahagiaan

Assalamualaikum,

Pesanan panjang lebar yang dikatakan menceceh (bagi yang tidak memahami maksud tersurat, ya yang tersurat. Apatah lagi yang tersirat) hanyalah merupakan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang mencari cinta kepada Tuhannya, Tuhan yang Esa lagi Maha berkuasa, Raja sekalian Raja dilangit dan bumi.

Sesungguhnya cinta kepada Tuhan umpama pelaburan yang dijamin tidak akan rugi malah keuntungan yang tidak dapat digambarkan berlipat kali gandanya.

Apa yang membuatkan hilangnya cinta kepada ALLAH SWT?

Sememangnya harta benda dunia termasuklah wanita dan pangkat kedudukan sering membuatkan manusia alpa dan lalai dari kehidupan akhirat yang kekal abadi. Jika tidak diimbangi dengan keyakinan dan kekuatan rohani yang teguh, kunci syurga yang kita pegang tidak mustahil boleh terlepas dek penangan cintakan dunia yang berlebihan sedangkan hanya sementara dan tidak kekal abadi.

Siapa tahu apa itu kunci syurga? Kamu seorang Muslim seperti saya masakan kamu tidak tahu. Memang sah kamu jahil. Kamu ketawa terkekek padahal tidak tahu jawapannya!! Ketawa seolah syurga Perlukah saya memberitahu kamu apakah kunci syurga itu? Tidak perlu sekiranya kamu lebih mengetahui dari saya. Sesungguhnya ilmu saya amatlah cetek jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui segala rahsia dilangit dan bumi.

Maaf andai nada intonasi bahasa diatas tidak menjalinkan persahabatan. Maka terimalah pula janji Allah SWT seperti dalam Surah Al-Hadiid Ayat 19 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka."

Kemudian saya kembalikan peringatan diawal tentang harta dunia yang memang bersesuian dengan Surah Al-Hadiid Ayat 20 yang bermaksud:

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Akan ada yang masih belum sedar kesalahan masing-masing. Teliti atau perincikanlah hidup anda seharian. Pemakan seharian dari sumber halal atau haram ataupun bercampur halal haramnya. Daging yang terbentuk dari sumber yang haram memalapkan cahaya keimanan. Berpuasa yakni menahan diri dari segala nafsu adalah ubat untuk hati yang rosak. Kemudian segala percakapan samada lisan ataupun hati merupakan doa kepada Allah kerana kehidupan kita memang mengabdikan diri kepada Allah yang disebut IBADAT.

Saya tinggalkan kamu dengan soalan, "Apakah yang dimaksudkan dengan kita sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini?" Dapat keyword untuk soalan itu? Sertakan dalam komen agar kita saling ingat mengingati dan bantu membantu. Kamu ada diluar sana. Adakah jawapan kamu itu satu jawapan yang pasti?

Wallahu'alam

Wednesday, August 19, 2009

Fitnah akhir zaman

Salam,

Dalam menjalani kehidupan seharian. Sudah tentu kiamat dan kematian tak dapat lari dari fikiran kita. Bagi yang beriman dengan hari kiamat, sudah tentu tahu tentang fitnah diakhir zaman. Bagi yang mengikuti hadis Rasulullah tentang akhir zaman sudah tentu tahu yang kita sememangnya umat yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW itu.

Ada pun yang dikatakan FITNAH akhir zaman itu, ramai datang dengan bukti dan ulasan yang tersendiri. Antaranya ialah internet, demokrasi dan terrorisme.

Semua akur dengan perkembangan internet. Dunia tanpa sempadan yang tidak dapat lari dari medium penyebar fitnah sehingga yang putih (benar) tampak seakan hitam (salah). Hanya Allah yang Maha Mengatahui.

Kemudian, sistem demokrasi (sistem yang tercetus dari revolusi di Perancis) pun dikatakan fitnah apabila semua umat manusia (termasuk Islam) telah dipisahkan dari ajaran Islam untuk memilih pemimpin yang amanah. Tetapi, dunia politik sekarang amanah itu menjadi satu perniagaan dan bukan bebanan. Apa pun, itu urusan mereka dengan Tuhan mereka apabila ditanya kelak.

Fitnah tentang terrorisme. Umat Islam yang mengamalkan ajaran yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah dikatakan radikal. Bukankan itu satu fitnah yang nyata. Sehingga urusan yang sudah dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah yang sepatutnya menjadi amalan seharian dikatakan radikal dan kejam. Sesungguhnya mereka tidak mengambil iktibar. Apakah semua orang tidak memahami bahawa inilah fitnah yang paling dahsyat keatas ajaran Islam? Begitulah permainan Iblis untuk menyesatkan umat Islam.

Saya bukanlah seorang yang warak, malah seburuk-buruk kamu mungkin sebaik-baik saya. Tetapi, bagaimana hendak membuka minda umat Melayu tentang urusan akhir zaman sedangkan mereka mabuk dengan pangkat, kuasa dan harta dunia. Sehingga kita ditakutkan dengan kemiskinan. Adakah mereka itu Tuhan sehingga perlu kita ditakutkan dengan kemiskinan sedangkan Allah yang Maha Pemberi rezeki. Memang manusia mudah lupa dengan janji Tuhan, termasuklah kamu yang membaca ini jika kamu menerima sistem demokrasi sebagai sistem yang unggul. Sia-sia saja membaca Al-Quran dan mengikuti Sunnah jika masih tidak memahami.

Tidak perlulah kita perincikan akidah pemimpin-pemimpin yang menyokong demokrasi. Anda tentu boleh berfikir sendiri tentang isu ini. Orang yang beriman takkan mudah tunduk kepada tekanan dari anasir yang menghancurkan iman kita. Kalau pun ajal tak cukup panjang untuk menyaksikan peristiwa hari terakhir dunia ini. Tetapi mati tetap akan terjadi dalam umur kita. Semalam dan kelmarin satu sejarah yang perlu dijadikan iktibar di masa depan. Mungkin esok atau lusa kita tidak akan dapat lagi menikmati oksigen yang dikatakan penting untuk kehidupan. Saat itulah yang paling getir dalam setiap jiwa umat manusia. Baikkah atau burukkah yang menanti.

Bersiap sedialah menghadapai hari yang mungkin kita tidak tahu penghujungnya. Yang beruntung hanya orang yang beriman dan beramal soleh dan sepertimana dalam surah Al-Ashr. "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menetapi kesabaran." Surah 103 Ayat 1-3 Makkiyah

Perlukan saya mengejutkan kalian dari mimpi indah dibuai kemewahan dunia, dikelilingi oleh amalan riba ataupun baunya, mabuk dengan kuasa yang tak seberapa. Bangga dengan keturunan, bangga dengan Islam dipagi hari tapi kafir dipetangnya. Anak kecil boleh dirotan, tetapi yang tua bangka apa yang perlu kita lakukan untuk sedarkan mereka?

Jawapannya tidak perlu kerana kamu semua juga mempunyai otak yang dukurniakan oleh Allah. Dan kamu semuanya bijak tetapi zalim dalam membuat pilihan samada dipihak yang memperjuangkan hukum Allah ataupun dipihak yang merendahkan hukum Allah.

Sesungguhnya, perjuangan Islam itu lebih tinggi dari perjuangan politik yang mendukung sistem demokrasi. Urusan Tuhan dipisahkan dari kehidupan seharian kita. Adakah kamu belum sedar. Sesungguhnya petunjuk dan hidayah itu kepada mereka yang mencari dan yang mereka yang diberi petunjuk. Apapun anda yang membuat keputusan, maka saya tinggalkan saudara dengan bidalan atau cakap mulut orang iaitu kubur masing-masing.

Komen dan teguran dari pembaca amatlah dihargai. Cacian dan maki hamun perkara biasa yang keluar dari mereka yang kurang ilmu, semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah dan jangan berlaku zalim.

Wassalam.