Assalamualaikum,
Pesanan panjang lebar yang dikatakan menceceh (bagi yang tidak memahami maksud tersurat, ya yang tersurat. Apatah lagi yang tersirat) hanyalah merupakan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang mencari cinta kepada Tuhannya, Tuhan yang Esa lagi Maha berkuasa, Raja sekalian Raja dilangit dan bumi.
Sesungguhnya cinta kepada Tuhan umpama pelaburan yang dijamin tidak akan rugi malah keuntungan yang tidak dapat digambarkan berlipat kali gandanya.
Apa yang membuatkan hilangnya cinta kepada ALLAH SWT?
Sememangnya harta benda dunia termasuklah wanita dan pangkat kedudukan sering membuatkan manusia alpa dan lalai dari kehidupan akhirat yang kekal abadi. Jika tidak diimbangi dengan keyakinan dan kekuatan rohani yang teguh, kunci syurga yang kita pegang tidak mustahil boleh terlepas dek penangan cintakan dunia yang berlebihan sedangkan hanya sementara dan tidak kekal abadi.
Siapa tahu apa itu kunci syurga? Kamu seorang Muslim seperti saya masakan kamu tidak tahu. Memang sah kamu jahil. Kamu ketawa terkekek padahal tidak tahu jawapannya!! Ketawa seolah syurga Perlukah saya memberitahu kamu apakah kunci syurga itu? Tidak perlu sekiranya kamu lebih mengetahui dari saya. Sesungguhnya ilmu saya amatlah cetek jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui segala rahsia dilangit dan bumi.
Maaf andai nada intonasi bahasa diatas tidak menjalinkan persahabatan. Maka terimalah pula janji Allah SWT seperti dalam Surah Al-Hadiid Ayat 19 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka."
Kemudian saya kembalikan peringatan diawal tentang harta dunia yang memang bersesuian dengan Surah Al-Hadiid Ayat 20 yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Akan ada yang masih belum sedar kesalahan masing-masing. Teliti atau perincikanlah hidup anda seharian. Pemakan seharian dari sumber halal atau haram ataupun bercampur halal haramnya. Daging yang terbentuk dari sumber yang haram memalapkan cahaya keimanan. Berpuasa yakni menahan diri dari segala nafsu adalah ubat untuk hati yang rosak. Kemudian segala percakapan samada lisan ataupun hati merupakan doa kepada Allah kerana kehidupan kita memang mengabdikan diri kepada Allah yang disebut IBADAT.
Saya tinggalkan kamu dengan soalan, "Apakah yang dimaksudkan dengan kita sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini?" Dapat keyword untuk soalan itu? Sertakan dalam komen agar kita saling ingat mengingati dan bantu membantu. Kamu ada diluar sana. Adakah jawapan kamu itu satu jawapan yang pasti?
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment