Salam,
Saya tidak salahkan kamu kalau kita berbeza pendapat. Itulah hikmah Allah jadikan manusia supaya kita saling belajar dan mengajar.
Sebelum kita pergi lebih jauh, teringin saya membawa saudara meneliti mukjizat yg diturunkan Allah kepada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW.
Mukjizat Nabi Musa banyak dianggap sihir. Itu adalah kerana pada zaman itu ramai tukang sihir.
Begitu juga dengan Nabi Isa. Di zaman baginda manusia sudah tahu ilmu kedoktoran. Sebab itu mukjizat Nabi Isa boleh menyembuhkan orang buta dari lahir dan menghidupka orang yang mati.
Mukjizat Nabi Muhammad SAW adalah berkaitan bahasa dan sastera sepertimana al-Quran yang penuh dengan pengajaran yang tersurat dan tersirat.
Jadi pada zaman ini (zaman umat Muhammad SAW) banyak yang tersurat dan tersirat. Kita ditipu dalam sedar. Siapa yang tak sayangkan bangsa, tapi kalau bangsa yang dijadikan barang taruhan. Itu bahaya.
Betul, mengikut perlembagaan, Melayu itu seorang yang beragama Islam. Apabila murtad hilanglah taraf Melayunya, tetapi dia masih berbangsa Melayu walaupun murtad. Begitu juga dengan Arab, tak semua Arab itu Islam walaupun Nabi Muhammad SAW itu orang Arab. Maka, Arab lagi berhak menuntut agama Islam itu kepunyaan mereka. Tetapi Arab tidak seperti Yahudi, malah Melayu yang mirip kepada Yahudi.
Kalau saudara perhatikan perjuangan bangsa kita. Sudah pasti saudara tidak lupa tulisan Jawi (Jawi itu maksudnya Melayu). Sudah jelas tulisan bangsa Melayu sudah jadi bahan sejarah. Kemudian bahasa Melayu itu sendiri sudah semakin susut pengunaannya. Bahasa Inggeris yang diutamakan.Jadi dalam mengejar kemajuan, sudah pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Kita sudah korbankan tulisan jawi, sekarang bahasa Melayu. Sedikit hari lagi, agama orang Melayu itu sendiri tergadai. Bukankah budaya memberi salam amat jarang kedengaran sekarang, kalau ada pun cuma kepada orang yang dikenali. Itu anda kata budaya Islam. Bangunlah wahai bangsaku yang beragama Islam.
Kemelayuan itu sudah semakin layu, janganlah Islam pula semakin menyelam. Belum nampak lagikah? hmmmmm.... buka mata buka minda. Anda mungkin suka berfoya-foya, tapi anda juga seorang Islam. Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ramai sahabat Rasulullah yang menentang Islam diawal kedatangan Islam. Tetapi bagaimana mereka boleh memeluk Islam. Sebab Islam itu adil dan menyeluruh.
Sekarang, pemimpin membawa acuan Islam supaya bertepatan dengan kehendak mereka untuk memerintah. tetapi sayang, tahu caranya cuma perlaksanaannya separuh jalan atau celup-celup. Islam yang separuh itu yang nak kita perjuangkan kah. Tidak, kita perjuangankan Islam yang sebenarnya.
Islam PAS kah perlu kita ikut? Tidak juga sebab PAS itu parti politik dan mereka boleh jadi seperti UMNO kalau tak diurus dengan betul. Islam kita mahu adalah Islam yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah sepertimana 4 mazhab besar yang berbeza tapi dari segi pokok tetap merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Saya rasa anda seorang yang terpelajar. Jadi tak perlulah saya huraikan lebih lanjut.Akhir kata saya tinggalkan saudara dengan kata-kata ini:
Melayu hanya untuk Melayu tapi Islam itu untuk semua.
Sekali anda dilahirkan Melayu, dua kali mati pun anda tetap Melayu.
Walaupun anda bukan Melayu, tapi anda boleh memeluk Islam dan menyembah Allah, Tuhan yang satu.
Sekali anda keluar/tergelincir dari Islam maka apabila mati tidak sempat bertaubat NERAKA jawabnya tidak kiralah apa jua bangsa anda sekalipun.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam bro.. blog baru ke...? sampai 2 blog.. x terkejar nanti.. hehehhee..ok lah... apa2 pun blog lu mmg best...!!!!
Takbir....!!!!!
Salam,
Blog saudara lagi bagus. Penuh dengan pelbagai cerita menarik yang sememangnya perlu dibaca.
Teruskan.
Wassalam.
Firstly, minta maaf kalau kedatangan AM ke blog ini tidak dialu-alukan.
AM seorang yang suka membaca, tak kisahlah terbitan parti pembangkang ke atau terbitan yang pro kerajaan. Harakah pun AM baca, suara keadilan pun AM baca. Ada hotel kadang kala sediakan kitab ijil dalam bilik. Kalau free, kadangkala AM pun baca kitab injil tu. Saja selak2 dan baca mana yang nampak. Bukan boleh rosak akidah pun.
Secara jujur, setelah dua kali membaca, AM tidak faham apa yang ingin SOMEONE katakan (di bawah tajuk Melayu Islam)So tak dapat nak ulas.
Mula-mula AM pening lalat baca petikan ini:
" Betul, mengikut perlembagaan, Melayu itu seorang yang beragama Islam. Apabila murtad hilanglah taraf Melayunya, tetapi dia masih berbangsa Melayu walaupun murtad"
Kemudian yang ini:
" Begitu juga dengan Arab, tak semua Arab itu Islam walaupun Nabi Muhammad SAW itu orang Arab. Maka, Arab lagi berhak menuntut agama Islam itu kepunyaan mereka. Tetapi Arab tidak seperti Yahudi"
Dan yang ini:
"malah Melayu yang mirip kepada Yahudi."
Dan ini:
"Sekarang, pemimpin membawa acuan Islam supaya bertepatan dengan kehendak mereka untuk memerintah. tetapi sayang, tahu caranya cuma perlaksanaannya separuh jalan atau celup-celup. Islam yang separuh itu yang nak kita perjuangkan kah. Tidak, kita perjuangankan Islam yang sebenarnya"
Yang terakhir ini:
"Kepada yang bukan Islam, jangan cuba jadi bodoh dalam kebodohan kamu yang tidak tahu hukum Islam itu hanya untuk orang Islam sahaja. Dan jika kamu mahu kamu juga boleh ikut serta. Tetapi perhatikan dengan teliti keadilan yang dijanjikan oleh Islam itu, jika kamu benar-benar memahami. Jangan tolak dulu kawan, kelak kamu juga yang rugi nanti."
Apakah sebenarnya yang SOMEONE ingin fokuskan dalam tulisan itu?
1. Tentang melayu kah (macam marah sangat dengan orang melayu?)
2. Tentang melayu yang menolak islam kah?
3. Tentang islam separuh jalan/ islam celup kah ( kenapa tak sertakan bukti dan fakta tentang islam celup, kalau ada dilaksanakan di Malaysia ini semua orang nak tahu, macam mana islam celup tu)
4. Tentang golongan menolak islam kah? (orang bukan islam memanglah tolak islam - kalau dia tak tolak islam mesti dia dah masuk islam)
Tetapi dalam banyak-banyak petikan yang AM copy and paste tu, yang terakhir itu buat AM mengsyaki siapa SOMEONE ini yang sebenar. Ayat-ayat pada tulisan SOMEONE macam dah biasa baca.
Harap lepas ini dapat baca lagi posting dari SOMEONE yang lebih bernas. So leh gak tumpang sekaki beri komen sikit-sikit. :)
Apapun peace.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Post a Comment